Skip to main content

MISI DAN VISI KAMI

 PERLEMBAGAAN BAGI

Pertubuhan ini dikenali dengan nama

PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI DAMAI UTAMA KINRARA PUCHONG

MATLAMAT

Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasakan pendidikan,kebudayaan, sosial,
akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat




KEAHLIAN

1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut

A. Ahli Biasa

i. Kewarganegaraan : Malaysia

ii. Umur Minima : 18 tahun

iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Selangor

iv. Keturunan/Bangsa : Semua

v. Jantina : Semua

vi. Agama : Semua

vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Pemilik, Penyewa Dan Ahli Keluarga


PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi

kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan

segala hutangnya.

2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak

dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau

digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh

Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli

tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau

penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang

untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan

itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau

membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.


SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:

1. Bayaran masuk :

RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ringgit Sahaja Sahaja)

2. Yuran :

RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ringgit Sahaja Sahaja)

a. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam

tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan

b. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli )

RM Tidak Berkenaan

c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) tahun akan

menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha,

dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya

telah dijelaskan.

d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (

3 ) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan

Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil

terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima

kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi

sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu

boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada

ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah

ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahun


Sumbangan

Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang

dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan

jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.

Jika Anda Ingin Menyumbang Kepada Kami Persatuan Penduduk Bagi Memudahkan Pengurusan Untuk Kami Membantu Kepada Penduduk P/Puri Damai Utama Puchong Selangor. Anda Boleh Terus Salurkan Kepada Akaun Seperti '.

Maybank : Persatuan Penduduk P/Puri Damai Utama Kinrara Puchong. 

No Akaun : 564838412443


Kegiatan Ekonomi

Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual,

membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain

kegiatan ekonomi.



JURUAUDIT

1. Seorang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam

Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan

selama dua tahun boleh dilantik semula.

2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi

setiap tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata

kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga

dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan

Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan

membuat laporan kepada Jawatankuasa.


PENTADBIR HARTA

1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan

dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan

berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya

berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang

jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui

sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan

meteri Pertubuhan.

2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik

tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.


TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

1. Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan

tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh

memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini.

2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang

telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli

adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.


PENASIHAT/PENAUNG

1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi

Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu

menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.

FASAL 15 LARANGAN

1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi

Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan.

2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara

juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan

di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja

1959.

3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli

atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau

ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.

4. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966,

tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari

penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada

pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan

untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli

Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang

pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada manamana

ahli atau pekerja Pertubuhan.


PINDAAN PERLEMBAGAAN

1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung.

Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada

Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung

yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh

pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.


PEMBUBARAN

1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang

daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu

mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka

segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan

hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut

cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar

Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.









 






Comments

Popular posts from this blog

SUMBANGAN KEPADA SURAU AL-HIJRAH PDU DENGAN KERJASAMA AHLI MAJLIS ZON 18 KINRARA.

Memberi Sumbangan yang diberikan oleh ahli Majlis zon 18 Kinrara dan mewakili Tuan Pengerusi Persatuan penduduk En Pahrul, juga bersama Tuan pengerusi Surau Al-Hijrah Ustad Subqi dan AJK surau Al-Hijrah Pdu En Amri. Sumbangan yang diberikan adalah sanitaz, mask dan semburan serangga untuk kegunaan Surau.

IFTAR KASIH RAMADAN P/PURI DAMAI UTAMA

 Alhamdulillah... Team Persatuan Pendudk mengucapkan Ribuan Terima Kasih dengan hasil kerjasama dari Surau Al-Hijrah Pdu dan Kinrara Care yang membantu menyumbangkan makan berbuka puasa sebanyak 40 bungkus makanan berbuka puasa.  Team Persatuan telah membuat agihan juadah berbuka puasa itu kepada 20 peserta yang memerlukan, alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang telah dirancang.