Skip to main content

Kelebihan Menyertai Persatuan Penduduk Pangsa Puri Damai Utama.

 




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Menyertai Persatuan Penduduk Pangsa Puri Damai Utama merupakan satu kemestian bagi sesuatu komuniti. Walaubagaimanapun ianya semakin pudar akibat sikap individualistik pada zaman kini. Konsep kejiranan dalam sesebuah PangsaPuri semakin terhakis apabila ramai yang mengejar materialistik tanpa bercampur gaul dengan komuniti. Kodokushi atau kematian tanpa diketahui jiran (dalam bahasa Jepun) telah mula berlaku di Malaysia ini dimana terdapat beberapa kes kita dengar di media masa. Salah satu puncanya akibat tiadanya Persatuan yang menyebabkan masing-masing tidak mengambil tahu tentang hal masing-masing. Tiada yang melihat situasi jiran masing-masing dan tidak mustahil isu ini boleh menjadi sesuatu yang biasa seperti di Jepun itu.

Berbalik semula kepada isu kelebihan menyertai Persatuan Penduduk PangsaPuri Damai Utama akan dikongsikan serba sedikit berdasarkan pengalaman untuk anda semua.

Seperti yang aku nyatakan di atas, kematian adalah isu UTAMA yang aku fikirkan. Bayangkan kalau ada berlaku Kodokushi di kejiranan ini, pasti ia sesuatu yang menyedihkan. Kita tidak mengetahui status penduduk itu apatah lagi jika beliau tidak mahu menyertai persatuan. Sekurang-kurangnya jika anda menyertai persatuan, sudah tentu ada maklumat tersimpan dalam AJK Persatuan. Mereka boleh mengambil tindakan di atas maklumat tersebut. Bayangkan jika tiada Persatuan dan masing-masing buat hal sendiri. Jika berlaku isu kematian pastinya ia akan menyukarkan pihak berkuasa melakukan tindakan. Melalui Persatuan, mereka mempunyai kemampuan serta kuasa untuk menghubungi agensi berkaitan bagi menangani isu ini.


Aktiviti kejiranan boleh diadakan. Dengan tertubuhnya Persatuan Penduduk akan memudahkan untuk diadakan aktiviti kejiranan. Agak sukar untuk buat sesuatu aktiviti tanpa ada sebuah organisasi mengepalainya. Nak buat aktiviti gotong royong, jamuan, rondaan perlu ada kesepakatan dalam taman. Dengan menyertai Persatuan Pangsa Puri Damai Utama, anda boleh mencadangkan aktiviti kejiranan serta mengikuti sekali aktiviti tersebut tanpa rasa malu.

Mengenali satu antara lain. Kebiasannya di zaman sekarang ni, kita sukar untuk mengenal jiran di dalam lorong sekalipun. Aku sendiri pun tak kenal ramai orang di sini. Kalau ada persatuan ia akan lebih mudah untuk bercampur gaul. Ketika ada aktiviti yang dijalankan kita boleh berkenalan sesama sendiri. Ia lebih santai sekaligus mengeratkan tali silaturrahim. Mana tau jiran-jiran tu adalah saudara mara jauh yang tidak diketahui. Bila ada suai kenal ketika aktiviti akan menambahkan lagi kenalan antara satu sama lain. Bila dah mula kenal satu sama lain bolehlah kita bantu membantu sama lain selepas ni.

Sebarang masalah boleh disalurkan kepada Persatuan. Mungkin sebelum ini kita ada isu tentang longkang, taman permainan dan sebagainya. Melalui Persatuan , mereka mempunyai kemampuan untuk menyampaikan isu ini secara kelompok. Kalau secara individu mungkin sukar untuk anda mendapat maklumbalas tetapi dengan persatuan ia lebih mudah. Tetapi perlu diingatkan, Persatuan adalah NGO dan bukannya wakil kerajaan. Jadi anda tidak boleh mengharap Persatuan akan mencari masalah anda. Mereka tiada kuasa seperti MPKK atau ketua kampung yang boleh merujuk terus kepada agensi kerajaan. Jadi anda perlu bersabar sedikit.

Keselamatan boleh menjadi agenda dalam Persatuan. Meskipun begitu, ada satu lagi badan iaitu Skim Rukun Tetangga boleh diwujudkan untuk memastikan keselamatan penduduk. Ia mempunyai kuasa untuk melakukan rondaan di kawasan kejiranan. Untuk mewujudkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) ini perlukan individu yang mampu memberikan komitmen. Dengan menyertai Persatuan Penduduk Pangsa PuriDamai Utama, individu yang akan menganggotai KRT dapat dikenalpasti. Kalau tiada Persatuan Penduduk mungkin akan menyukarkan untuk mencari individu yang berkelayakan. Elok kiranya AJK Persatuan dan AJK KRT adalah individu berlainan bagi memisahkan tanggungjawab dan kuasa antara satu sama lain.


  • Itu serba sedikit kebaikan menyertai Persatuan Penduduk yang mampu aku senaraikan. Kalau korang ada penambahan boleh kongsikan di bahagian komen ye.. 

MATLAMAT
  • Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasakan pendidikan,kebudayaan, sosial,
  • akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat


Ingin Daftar Ahli Persatuan Penduduk Pangsa Puri Damai Utama kinrara Puchong

TEKAN LINK DAFTAR DI BAWAH NI.

DAFTAR SINI

MISI DAN VISI 



Comments

Popular posts from this blog

MISI DAN VISI KAMI

  PERLEMBAGAAN BAGI Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI DAMAI UTAMA KINRARA PUCHONG MATLAMAT Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasakan pendidikan,kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat KEAHLIAN 1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut A. Ahli Biasa i. Kewarganegaraan : Malaysia ii. Umur Minima : 18 tahun iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Selangor iv. Keturunan/Bangsa : Semua v. Jantina : Semua vi. Agama : Semua vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Pemilik, Penyewa Dan Ahli Keluarga PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. 2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang ...

Program Agihan Bubur Lambuk Damai Utama.

Terima Kasih kepada penaja yang banyak memberi manaja kepada penduduk. Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kacau dan agihan bubur lambuk Pdu. Terima Kasih kepada : YB nge zi han Ahli Majlis AJK Surau Al-Hijrah Pdu Team Persatuan Penduduk Pdu dan penduduk Pdu. You orang Semua memang best dengan semua program.

Program Agihan INFAQ Kasih Ramadhan Persatuan Penduduk

Alhamdulillah..  syukur kehadrat Ilahi. Berkat infaq  Kasih Ramadhan Persatuan penduduk dan pemberian sumbangan dari pihak2 yang memberi.  Program Agihan infaq barang keperluan kepada yang memerlukan sekurang-kurangnya dengan inisiatif program infaq ini dapatlah kita membantu meringankan beban Mereka ini dalam keadaan COVID19 dan PKP, untuk makluman ada yang tidak dapat terus bekerja dan lain-lain lagi. Alhamdulillah... Segala Program Agihan telah berjalan dengan lancarnya. Kami Persatuan Penduduk Pdu juga memerlukan bantuan dari anda semua bagi memudahkan perjalanan kami untuk terus membantu kepada yang memerlukan dengan tidak mengira agama dan bangsa.  Sebarang sumbangan Tuan/Puan boleh terus membuat kepada Akaun Maybank : PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI DAMAI UTAMA KINRARA PUCHONG. No Akaun : 564838412443 Untuk dapatkan Resit sila hubungi En Khairul Azha +6012-960 2062